[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Speechless --- their first half performance against Italy was extremely BAD. Memang trend eh dari dulu sampai skarang; menang semua match kecik, pastu kalah kat final or semi. Sedih bebeno den. Diorang punya game EURO12 ni tak syok sangat ar, tak konsisten.. Defend cam biasa ah susah betui nak baiki. Passing pun pelik2. Awat depa cam takdak chemistry sangat dong kali ni? *Maybe sebab teammates baru2 kot? Hmmm

Tapi takpelah, Ozil gua maintain.. Walaupun kadang2 dia slack sikit, but still good meh..

Orang lain dok sibuk training kome pi tengok Spiderman 3D plak ye..

Besaq wooo..

Mau penjelasan dari Jogi dengan segera. Wa manyak sedih woo

Ni time World Cup nih

EURO 12 : Deutscher vs Dutch

Wa caya sama lu, tapi lain kali mohon sumbat gol banyak2 sikit please?


*Kekalahan tidak menggugat kesetiaan daku.. Germany forever! :D


*Ini bukan spam. Maksud tajuk : "Saya sangat merindui mereka", "Wo hen xiang ta men".

Yes, I really2 miss BOTH of them;
Miss Tan Siew Boon


Mdm. Law Yen Teng

Aku baru balik dari UTP Chinese Orchestra Introductory Night. 1st time tengok orkestra cina secara live! Walaupun tak formal sangat, tapi performance diorang hebat woo.. Menyesal gua tak bawak kamera.. Akhirnya dapat gak aku try main Er Hu, Suona, & banyak lagi.. Ni ha alat2nya, tapi tak semua la ada.

Orait, kali ni aku nak cakap pasal cina je. Masa isi borang jadi ahli, 1st choice aku Suona. Tapi aku rasa percussion cam lagi menarik, dari dulu memang aku teringin nak ketuk2 kepala orang. *eh. So aku isi Percussions utk 2nd ngn 3rd choice.

Aku bersyukur sangat2 sebab Allah bagi aku peluang untuk belajar Mandarin kat sekolah dulu, dan aku sangat2 suka lao shi aku ajar! Makin banyak aku belajar, makin aku jatuh cinta dengan Chinese Culture.. Lagipun, bangsa Cina adalah salah satu bangsa yang aku kagum. Yang bangsa lain jangan terasa, aku kagum jugak. Cuma kekaguman aku atas sebab2 yang berlainan. Kalau bangsa Cina ni, aku kagum dengan kerajinan ngan semangat diorang.. Aku tak tau bila la aku boleh jadi rajin macam diorang. Dah la diorang semua ramah mesra tadi, fuhh.. Rasa cam tak segan la jalan sorang2 masuk bilik tadi.

Demi cintaku pada Mandarin, aku tak sanggup biarkan basic yg aku belajar selama ni tenggelam camtu je.. So aku join kelab ni pun untuk improve speaking aku, utk mendalami lagi tradisi2 diorang.. Aku rasa teringin sangat nak paham diorang cakap, especially bila tengok movie.. Maka mana2 rakan taulan yg fasih berbahasa Cina, silalah bagi tunjuk ajar kat saya.

------------------------------------------------------------------------

Flashback balik tahun 2008, SMAP Kajang Johan Keseluruhan HKBC (Hari Kebudayaan Bahasa Cina) kat SMAP Labu. Thanks to lao shi yg sangat banyak tolong kitorang :)

*Tetiba rasa nak sambung belajar kat China. Haruskah? Keh3


Tengah syok2 jalan kaki sampai bilik, tetiba ternampak corak ni kat lantai ;
"Eh, macam pernah kulihat.."

Masuk2 je bilik, terpandang workbook Pre-Calculus & Calculus ;
"Aik? Cangkerang nih lagi? UTP memang sangap cangkerang ke ape."

Anda berasa begitu hairan, lebih2 lagi bila memikirkan apekehenye Sir Sam pilih gambar cangkerang buat kulit buku matematik. Kalo kat buku biology tu ok lagi ye dak.

Haaaa.. mai aku perkenalkan mamat nih.
Suatu masa dulu ada sorang Mathematician Itali nih, nama dia Leonardo Pisano Bigollo. Nama baby dia Fibonacci. Kan comel tu. Sebenarnya aku tak arif sangat sape yg first2 yg buat teori ni. Dalam buku Fibonacci yg bertajuk Liber Abaci (1202), Fibo ada selesaikan satu masalah yg libatkan population arnab, based on idealized assumptions. The solution, generation by generation, was a sequence of numbers later known as Fibonacci numbers. *ayat wikipedia. haha.

Camni ha teori beliau.
"In the Fibonacci sequence of numbers, each number is the sum of the previous two numbers, starting with 0 and 1. This sequence begins 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987..."
Maaf la garis merah tu buruk sikit, aku yg lukis. hehe



"The higher up in the sequence, the closer two consecutive "Fibonacci numbers" of the sequence divided by each other will approach the golden ratio (approximately 1 : 1.618 or 0.618 : 1)" - okay start yg ni serious aku tak paham dah. Nak tau lebih lagi, sila search Golden Ratio.

Budak2 Foundation UTP, sila buka buku Calculus anda & lihat lambang ini. Sama kan? ;


Jap2, apa kaitan cangkerang tu ngan Fibonacci nih? Favourite food?

"The Fibonacci numbers are Nature's numbering system. They appear everywhere in Nature, from the leaf arrangement in plants, to the pattern of the florets of a flower, the bracts of a pinecone, or the scales of a pineapple. The Fibonacci numbers are therefore applicable to the growth of every living thing, including a single cell, a grain of wheat, a hive of bees, and even all of mankind."

Jadi begitulah al-kisahnya.. Sebenarnya first tyme aku dengar pasal Fibonacci ni tyme tengok Criminal Minds, kalo tak silap aku dalam Season 4, tajuk episodnya "Masterpiece". Tak ingat la episod berapa, episod 8 kot. Sila2 tonton, sangat menarik. Tak tipu.
Ni ha penjenayah tu. Henry Grace.

Pastu kawan aku pun ade gak buat Islamic Speech Review pasal Golden Ratio, dapat dari dokumentari Harun Yahya. Ujung minggu ni nak dengar :)

Sori ye kalo penjelasan aku hangit sampai takde sorang pun yg paham..
Sumber utama: Abang Wikipedia

Doh lamo eden tak main Farmville. Skang tgh cuti sem 2. Walaupun cuti 2 minggu je, tapi rasa puas menusuk ke dlm qalbu sebab akhirnya dapat gak aku jenguk ladang kesayangan aku setelah berpuasa selama 4 bulan kat UTP. Rindu kat kambing2 biri2 gajah2 semua (walaupun hari2 mengadap roomate yg berperangai lebih kurang cam diorang je). Keh3


Jgn la pelik kenapa aku minat sangat kat Farmville ni. Ce korang try main, mesti ketagih punye la.. Kecuali bagi orang2 yg kurang tahap keimanannya, kesabarannya kurang & cepat marah, maka tidak sesuailah untuk bermain game nih. Kena jadi orang yg penyabar serta lemah lembut macam aku baru boleh success dalam bidang yg penuh dgn cabaran ni.


Budak kat sebelah ni penjaga ladang aku, hensem gile en? Cuma kepala dia besaq skit. Nama beliau Lah. Beliau minat subjek Biology, baru saja graduate last 3 years. Merupakan product anak muda wawasan 2020 keluaran UPM. Salam perkenalan semua.




Yang ni plak gamba ladang aku. Alhamdulillah nampak macam berkembang skit berbanding dulu. Pemandangan semakin indah. Ada school house, greenhouse, maison, library, mini pagoda & macam2 lagi bangunan yg ada.





Ni la mini pagoda yang aku cakap tadi. Aku memang suka ngan budaya & tradisi Cina.












Utk pasangan yg nak honeymoon, kami ada menyediakan Love Shack khas utk anda beromantis, dgn syarat secara halal. Katakan tak nak kpd maksiat di ladang.







Ni plak haiwan2 a.k.a menatang ternakan aku. Macam2 spesis ada. Llama, penguin, kucing itam kucing putih, gajah, lembu, turkey, tortoise.. Lebah pun ada








Bagi mana2 wanita yg rasa penat setelah berkebun, jangan anda risau dgn kebersihan diri anda. Kami turut menyediakan Spa khas, berasingan lelaki & perempuan. Kat sini boleh cas handset Norkiah skali. Sori la kalo korang rasa cam dhaif je spa ni, sebab skarang tengah proses nak upgrade.






Ni plak taman. Pasni boleh ar ajak geng2 sekampung korang lepak2 ke makan barbeque ke. Nak bagi makan kat itik pun apa salahnya.






Orait itu je le gambar2 menarik yg aku boleh tunjuk. Tak saspen ar kalo terus bagitau semua kat sini. Walaupun bisnes ini nampak hebat, namun saya masih harus mengumpul syiling lebih kurang sebanyak 500,000 utk meluaskan tanah kebun saya. Jadi sesape yg nak berjiran ngan aku, anda dijemput dgn segala hormatnya :)




Tadi baru pas jumpa Sir Sam, alang2 ambik workbook Calculus kat beliau. Dah lama tak jumpa dia, aku ngaku memang aku minat sangat ngan cara dia ajar, sebijik macam Cikgu Zuzi aku ajar. Sempoi & sampai ilmu2nya. So jangan la salah paham dgn kasih sayang aku ye. Aku sayang cikgu2 Maths aku sebab aku amat sayangkan Maths :)

Bila muhasabah diri balik, biar betik aku tengah ada kat UTP skarang, ambik course CHEMICAL ENGINEERING plak tu, course yg memang aku pun tak penah tau & tak penah terpikir pun selama ni. Selama ni aku dok target nak jadi lecturer Math, tapi aku tak ingat dah apa ayah aku kata pasal jadi lecturer ni. Lagipun alang2 Allah dah tetapkan rezeki aku utk dapat course ni, aku terima je la apa yg Dia bagi..

Tapi bila fikir balik, mampu ke aku nak belajar major Chemistry ngan Physics? Kalo Fizik tu insyaAllah la ok skit, better than Kimia. Chemical Engineering ni betul2 tersasar daripada impian aku yang sebenar, iaitu utk hidup bersama Maths selama-lamanya.. doh le aku tak suka chemis.
Tadi borak2 ngan Sir Sam, sambil2 tengok dia abiskan research & finding dia.. memang susah gilak nak mampuih, tapi aku seronok tengok nombor2 semua tu.. Kesan daripada perjumpaan tersebut, saya sudah mengenali beberapa profesor & manusia2 yang bijak Matematik, antaranya Qi Duan, John A. Gregory & Hassan Said (oghe Kelate dio nih. hehe). Teringin lak nak jadi macam diorang, ada journal sendiri, buku sendiri.. fuhhh.. masyukk. Kalo dapat cipta formula sendiri lagi syok. Kengkadang rasa jeles lak ngan Adi Putra. hmmm *.*

Sejak 7 bulan yang lalu, daku telah mengumpul kekuatan dalam jasad ini utk meminati Chemistry, tapi ternyata minat tersebut sangat tak mendalam macam minat aku kat Maths. Bila buat Math, takde alasan utk aku malas. Bagi la aku buku 300 muka surat pun, insyaAllah aku baca skali ngan acknowledgement & index pun aku tibai. Bila aku tension, bagi la aku buku Math, slalunya aku akan lupa dgn kestressan aku lepas tu.

Persoalannya, sudah tertuliskah jodoh aku dengan Si Matematik pada masa hadapan?
*Perghhh ayat macam movie Mission Impossible

Yang penting, aku akan try capai apa yang aku minat. Impian aku skarang, nak jadi Professor Matematik yg fasih berbahasa Mandarin. Doakan aku :)

[Mathematics = 数学 - Shùxué ]

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini