[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Doh lamo eden tak main Farmville. Skang tgh cuti sem 2. Walaupun cuti 2 minggu je, tapi rasa puas menusuk ke dlm qalbu sebab akhirnya dapat gak aku jenguk ladang kesayangan aku setelah berpuasa selama 4 bulan kat UTP. Rindu kat kambing2 biri2 gajah2 semua (walaupun hari2 mengadap roomate yg berperangai lebih kurang cam diorang je). Keh3


Jgn la pelik kenapa aku minat sangat kat Farmville ni. Ce korang try main, mesti ketagih punye la.. Kecuali bagi orang2 yg kurang tahap keimanannya, kesabarannya kurang & cepat marah, maka tidak sesuailah untuk bermain game nih. Kena jadi orang yg penyabar serta lemah lembut macam aku baru boleh success dalam bidang yg penuh dgn cabaran ni.


Budak kat sebelah ni penjaga ladang aku, hensem gile en? Cuma kepala dia besaq skit. Nama beliau Lah. Beliau minat subjek Biology, baru saja graduate last 3 years. Merupakan product anak muda wawasan 2020 keluaran UPM. Salam perkenalan semua.




Yang ni plak gamba ladang aku. Alhamdulillah nampak macam berkembang skit berbanding dulu. Pemandangan semakin indah. Ada school house, greenhouse, maison, library, mini pagoda & macam2 lagi bangunan yg ada.





Ni la mini pagoda yang aku cakap tadi. Aku memang suka ngan budaya & tradisi Cina.












Utk pasangan yg nak honeymoon, kami ada menyediakan Love Shack khas utk anda beromantis, dgn syarat secara halal. Katakan tak nak kpd maksiat di ladang.







Ni plak haiwan2 a.k.a menatang ternakan aku. Macam2 spesis ada. Llama, penguin, kucing itam kucing putih, gajah, lembu, turkey, tortoise.. Lebah pun ada








Bagi mana2 wanita yg rasa penat setelah berkebun, jangan anda risau dgn kebersihan diri anda. Kami turut menyediakan Spa khas, berasingan lelaki & perempuan. Kat sini boleh cas handset Norkiah skali. Sori la kalo korang rasa cam dhaif je spa ni, sebab skarang tengah proses nak upgrade.






Ni plak taman. Pasni boleh ar ajak geng2 sekampung korang lepak2 ke makan barbeque ke. Nak bagi makan kat itik pun apa salahnya.






Orait itu je le gambar2 menarik yg aku boleh tunjuk. Tak saspen ar kalo terus bagitau semua kat sini. Walaupun bisnes ini nampak hebat, namun saya masih harus mengumpul syiling lebih kurang sebanyak 500,000 utk meluaskan tanah kebun saya. Jadi sesape yg nak berjiran ngan aku, anda dijemput dgn segala hormatnya :)




Tadi baru pas jumpa Sir Sam, alang2 ambik workbook Calculus kat beliau. Dah lama tak jumpa dia, aku ngaku memang aku minat sangat ngan cara dia ajar, sebijik macam Cikgu Zuzi aku ajar. Sempoi & sampai ilmu2nya. So jangan la salah paham dgn kasih sayang aku ye. Aku sayang cikgu2 Maths aku sebab aku amat sayangkan Maths :)

Bila muhasabah diri balik, biar betik aku tengah ada kat UTP skarang, ambik course CHEMICAL ENGINEERING plak tu, course yg memang aku pun tak penah tau & tak penah terpikir pun selama ni. Selama ni aku dok target nak jadi lecturer Math, tapi aku tak ingat dah apa ayah aku kata pasal jadi lecturer ni. Lagipun alang2 Allah dah tetapkan rezeki aku utk dapat course ni, aku terima je la apa yg Dia bagi..

Tapi bila fikir balik, mampu ke aku nak belajar major Chemistry ngan Physics? Kalo Fizik tu insyaAllah la ok skit, better than Kimia. Chemical Engineering ni betul2 tersasar daripada impian aku yang sebenar, iaitu utk hidup bersama Maths selama-lamanya.. doh le aku tak suka chemis.
Tadi borak2 ngan Sir Sam, sambil2 tengok dia abiskan research & finding dia.. memang susah gilak nak mampuih, tapi aku seronok tengok nombor2 semua tu.. Kesan daripada perjumpaan tersebut, saya sudah mengenali beberapa profesor & manusia2 yang bijak Matematik, antaranya Qi Duan, John A. Gregory & Hassan Said (oghe Kelate dio nih. hehe). Teringin lak nak jadi macam diorang, ada journal sendiri, buku sendiri.. fuhhh.. masyukk. Kalo dapat cipta formula sendiri lagi syok. Kengkadang rasa jeles lak ngan Adi Putra. hmmm *.*

Sejak 7 bulan yang lalu, daku telah mengumpul kekuatan dalam jasad ini utk meminati Chemistry, tapi ternyata minat tersebut sangat tak mendalam macam minat aku kat Maths. Bila buat Math, takde alasan utk aku malas. Bagi la aku buku 300 muka surat pun, insyaAllah aku baca skali ngan acknowledgement & index pun aku tibai. Bila aku tension, bagi la aku buku Math, slalunya aku akan lupa dgn kestressan aku lepas tu.

Persoalannya, sudah tertuliskah jodoh aku dengan Si Matematik pada masa hadapan?
*Perghhh ayat macam movie Mission Impossible

Yang penting, aku akan try capai apa yang aku minat. Impian aku skarang, nak jadi Professor Matematik yg fasih berbahasa Mandarin. Doakan aku :)

[Mathematics = 数学 - Shùxué ]

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini