[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Doh lamo eden tak main Farmville. Skang tgh cuti sem 2. Walaupun cuti 2 minggu je, tapi rasa puas menusuk ke dlm qalbu sebab akhirnya dapat gak aku jenguk ladang kesayangan aku setelah berpuasa selama 4 bulan kat UTP. Rindu kat kambing2 biri2 gajah2 semua (walaupun hari2 mengadap roomate yg berperangai lebih kurang cam diorang je). Keh3


Jgn la pelik kenapa aku minat sangat kat Farmville ni. Ce korang try main, mesti ketagih punye la.. Kecuali bagi orang2 yg kurang tahap keimanannya, kesabarannya kurang & cepat marah, maka tidak sesuailah untuk bermain game nih. Kena jadi orang yg penyabar serta lemah lembut macam aku baru boleh success dalam bidang yg penuh dgn cabaran ni.


Budak kat sebelah ni penjaga ladang aku, hensem gile en? Cuma kepala dia besaq skit. Nama beliau Lah. Beliau minat subjek Biology, baru saja graduate last 3 years. Merupakan product anak muda wawasan 2020 keluaran UPM. Salam perkenalan semua.




Yang ni plak gamba ladang aku. Alhamdulillah nampak macam berkembang skit berbanding dulu. Pemandangan semakin indah. Ada school house, greenhouse, maison, library, mini pagoda & macam2 lagi bangunan yg ada.





Ni la mini pagoda yang aku cakap tadi. Aku memang suka ngan budaya & tradisi Cina.












Utk pasangan yg nak honeymoon, kami ada menyediakan Love Shack khas utk anda beromantis, dgn syarat secara halal. Katakan tak nak kpd maksiat di ladang.







Ni plak haiwan2 a.k.a menatang ternakan aku. Macam2 spesis ada. Llama, penguin, kucing itam kucing putih, gajah, lembu, turkey, tortoise.. Lebah pun ada








Bagi mana2 wanita yg rasa penat setelah berkebun, jangan anda risau dgn kebersihan diri anda. Kami turut menyediakan Spa khas, berasingan lelaki & perempuan. Kat sini boleh cas handset Norkiah skali. Sori la kalo korang rasa cam dhaif je spa ni, sebab skarang tengah proses nak upgrade.






Ni plak taman. Pasni boleh ar ajak geng2 sekampung korang lepak2 ke makan barbeque ke. Nak bagi makan kat itik pun apa salahnya.






Orait itu je le gambar2 menarik yg aku boleh tunjuk. Tak saspen ar kalo terus bagitau semua kat sini. Walaupun bisnes ini nampak hebat, namun saya masih harus mengumpul syiling lebih kurang sebanyak 500,000 utk meluaskan tanah kebun saya. Jadi sesape yg nak berjiran ngan aku, anda dijemput dgn segala hormatnya :)



2 KOMENTAR:

-_- lol! haha pengisian waktu cuti yg bagusss.. :D

hahaha.kelakar hang ni aslah.spa tu yang bes.selamat maju jaya!

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini