[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Pernah tak satu hari tu korang rasa cam hilang arah, dah tak kenal sape diri korang yang sebenar. 

Ada sorang budak ni. Dulu tyme zaman2 skolah dia happy gila dalam & luar, tak kisah pun orang kata apa. Kat mana2 pun dia menggila. Yg penting dia rasa seronok jadi diri dia. Malas setiap masa merupakan ciri2 utama dia. Selekeh apatah lagi, fesyen diketepikan 100%.

Tapi sekarang, tekanan dari luar menghilangkan ciri2 asli yg ada pada dia. Luar nampak happy, dalam banyak gila risau. Nak malas takleh, lagipun tak elok la malas *ngaku gak akhirnya. Terlalu bingung pikir pasal masa depan. Rasa bersalah setiap masa. Nak selekeh ramai komplen. Kalo orang yg komplen tu dia tak kenal takpe gak, ni orang2 rapat & disayangi lagi tu. Katanya takleh selekeh dah sebab nanti nak kawin. Arghh kawin lagi. Merata2 aku pergi semua nak cakap pasal kawin. 

___________________________________________________________

End of story about 'dia'.

Apa yg patut aku buat kalau orang suruh aku pakai benda yg aku taknak pakai? Salah ke kalau pakai apa yg kita selesa je? Aku tak kesah pun orang nak mekap tebal2 ke pakai belit2 gigi ke, kadang2 tu ada ar gak sakit mata tapi nak buat camne dah camtu perangai dia ye dak? Lagi satu aku taknak ar orang sayang aku sebab paras rupa/gaya etc. Nanti kawin ngan fashion designer ah senang cite, pas kawin mekap la kat aku camne2 pun [idea baru ni].

Rasa cam over la besar2kan benda kecik ni, hahah. Tapi serious aku dah bosan weyy dengan desakan2 ni. Tolong la stop. Banyak lagi yg aku kena fikir skang ni selain KAWIN. 

Tapi serious la, tahap aku paling happy ialah tahap bila aku jadi diri aku yg paling2 sebenar [sori dah lama tak buat karangan ayat pun huduh]. Tak rasa ke puas gila bila kita jadi diri kita sendiri? Tapi skarang, dah rasa lain la diri ni. Banyak sangat kecelaruan hati + otak. 

I used to be the one who always make everything simple in my life, but now.. I guess I have to grow up, isn't it? 

[Inspiration]

*Too busy thinking about the future. Then forget to enjoy the present..

Sori lama tak update blog, gua baru bangun setelah tido selama beberapa bulan bersama panda2 di China. 

Bangun2 je terus cerita pasal KPop. Magic sungguh. Nak kata minat, tak jugak. Takde la sampai aku mangat nak gi create account kat fanbase ke apa. Tapi kali ni memang agak ajaib ar sebab serious ni first time aku tengok variety show KPop seyh. Dan group yg bertuah itu ialah EXO-M (yg K gua tak berapa nak minat sangat sebab ada someone yg sungguh annoying. asyik2 muka dia je kluar puih! takleh betau kat sini, nanti blog gua kena hack).


Tadaa! Ni le murid2 kelasnya. Start dari kiri yg belah atas tu, nama dia Kris (leader), pastu Luhan, Xiu Min (yg plg gua pinggirkan), Chen, Tao, and last skali tu Lay. Lagu diorang yg gua paling suka - Angel. Memang terbaik ah, suara masing2 mantop. Lirik pun best, 'syahdu'.. Dance diorang memang synchro abis.

Ha, yang ni namanya Chen, yg ranking paling tinggi dlm carta aku. Sebab muka dia cam Sam Dong kot. kah3

Dia ni lak nama dia Lay, gua suka sebab suara dia sedap woo, dance pun cantik. Dah la terer masak. Lagi satu muka dia ada iras2 Yamapi skit.

Yang ni lak ramai gila minat dia sebab dia hensem. Tapi bagi aku biasa2 je. Dah le muka nak dekat sama ngan sepupu pompuan aku. Nama diberi, Kris. Rapper. *jangan anggap dia spesel sebab gamba gerak2

Ha yang ni best skit, sebab muka dia macam Ozil. Sama kat mata maybe? Keh3. Lagi satu dia ni terer wushu, don't play2.

Budak ni la yg paling ramai peminat (brdasarkan pemerhatian aku). Sebab muka cam budak2 kot. Tapi suara dia not bad gak, dance pun ok. Pemalu orangnya. *bajet cam dah lama kenal

Gamba XIU MIN gua taknak masukkan kah3. Jangan marah ye wahai fans. Gua tak racist.

Pape pun, seriously jauh di sudut hati aku, dunia KPop ni bukan dunia aku. Rasa tak puas sangat pun lepas tengok diorang nyanyi, dance2 la apa la. This is not the real me. Aku start minat pun sebab nak blajar nyanyi dalam Mandarin je. Hari ni baru je hari ke-6 aku cuti, aku dah start rasa bosan search2 pasal benda ni. Rasa cam takde life, haha. Ada baki lagi 4 bulan gua cuti, tak nak ah bazirkan dengan bidang yg tak 'ummpph' ngan gua. Rasa cam buat research lagi best (otak gua memang skema, tapi orangnya baik2 sopan2 saja). 

I need to stop this thing immediately. Nak search lagu2 cina yg slow2 dulu ah, senang skit nak catch up. Lagu EXO ni laju semua, susah gila nak ngapal. Rasa cam mencarut seorang diri lak. Nanti dah expert baru up level skit.

Goodbye Korea. 
Me. You. Cannot go.
*bapak besor gamba. sori dah tak pandai nak edit

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini