[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

Pernah tak satu hari tu korang rasa cam hilang arah, dah tak kenal sape diri korang yang sebenar. 

Ada sorang budak ni. Dulu tyme zaman2 skolah dia happy gila dalam & luar, tak kisah pun orang kata apa. Kat mana2 pun dia menggila. Yg penting dia rasa seronok jadi diri dia. Malas setiap masa merupakan ciri2 utama dia. Selekeh apatah lagi, fesyen diketepikan 100%.

Tapi sekarang, tekanan dari luar menghilangkan ciri2 asli yg ada pada dia. Luar nampak happy, dalam banyak gila risau. Nak malas takleh, lagipun tak elok la malas *ngaku gak akhirnya. Terlalu bingung pikir pasal masa depan. Rasa bersalah setiap masa. Nak selekeh ramai komplen. Kalo orang yg komplen tu dia tak kenal takpe gak, ni orang2 rapat & disayangi lagi tu. Katanya takleh selekeh dah sebab nanti nak kawin. Arghh kawin lagi. Merata2 aku pergi semua nak cakap pasal kawin. 

___________________________________________________________

End of story about 'dia'.

Apa yg patut aku buat kalau orang suruh aku pakai benda yg aku taknak pakai? Salah ke kalau pakai apa yg kita selesa je? Aku tak kesah pun orang nak mekap tebal2 ke pakai belit2 gigi ke, kadang2 tu ada ar gak sakit mata tapi nak buat camne dah camtu perangai dia ye dak? Lagi satu aku taknak ar orang sayang aku sebab paras rupa/gaya etc. Nanti kawin ngan fashion designer ah senang cite, pas kawin mekap la kat aku camne2 pun [idea baru ni].

Rasa cam over la besar2kan benda kecik ni, hahah. Tapi serious aku dah bosan weyy dengan desakan2 ni. Tolong la stop. Banyak lagi yg aku kena fikir skang ni selain KAWIN. 

Tapi serious la, tahap aku paling happy ialah tahap bila aku jadi diri aku yg paling2 sebenar [sori dah lama tak buat karangan ayat pun huduh]. Tak rasa ke puas gila bila kita jadi diri kita sendiri? Tapi skarang, dah rasa lain la diri ni. Banyak sangat kecelaruan hati + otak. 

I used to be the one who always make everything simple in my life, but now.. I guess I have to grow up, isn't it? 

[Inspiration]

*Too busy thinking about the future. Then forget to enjoy the present..

2 KOMENTAR:

Just be yourself.
slagi mna kita pegang dgn quran dan sunnah,
biar apa org nk kata.
kuat semangat lah!!!
husnudzon je la dgn kwn tu.
tak pun cari kwn baru. haha

you are amazing.. just the way you are ;)

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini