[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

*Tak paham la dengan orang yang minat squash ni.
*Asal kau suka sangat baca novel ah?
*Amende ar budak ni dok tengok orang baling2 bola. Bukannya buat apa pun.
*Apa tah yang best sangat kat lagu rock ni sampai Milah tergila2 dengar.
*Bosan ah bola jaring.


Yup, bentuk soalan2 camni pernah gak bermain kat otak aku -dulu. Pelik aku tengok apa la yang lawak sangat ngan Maharaja Lawak tu sampai terkekeh-kekeh orang tengok. Running Man pun sama [me no sense of humor?]. Tapi aku still dengar gak lagu2 Korea okay. I prefer pop music more. Apa2 pun bagi aku lagu Indon gak terbaik! 2nd ranking lagu retro (Melayu & English) - old but gold.

Lain orang lain personaliti, lain minat. Aku betul2 sedar benda ni kira2 beberapa bulan yang lalu (kot). Satu hari tu aku punya la enjoy dok tengok cerita Jepun, tetiba someone datang, cakap: "Cerita merepek apa kau tengok ni", and terus blah. Dalam hati aku cakap "How can you NOT ATTRACTED to the funniest story in this world?!". Bila tengok kawan2 aku taksub ngan anime pun aku pelik, apa yang best sangat ngan benda ni?

Sekarang aku dah ada jawapan muktamad - As much as you enjoy watching football, macam tu jugak la orang lain yang minat dengan badminton. I have the same feeling like them >> excited, saspen, etc. You cannot question them.


Criminal Minds - terbaik wa habaq lu!!

2 things I must keep updated in my daily life;
-Football
-Politics
Setiap hari WAJIB ambik tau pasal salah satu benda tu, kalau tak aku rasa hari tu tak best. Kalau takde internet, aku akan tunggu berita. Lepas cek update kat fb ngan twitter semua, rasa puas hati yg teramat. Sanggup scroll sampai bawah sekali. 

Bola - Seronok tengok skil yg style gila, rasa semangat bila ramai2 sokong team yg sama. Now I'm happy enough because there are many Madridistas who keep sharing infos, and I got the chance to chat with them everyday! Tak sia2 masuk group MRMSC (Malaysia Real Madrid Supporters Club). Sape yg berminat mai join kami kat fb. Siap ada monthly futsal match lagi tu. Malangnya aku masih segan utk join.
Politik - Some of them inspire me a lot, & ada yg aku minat gila dengar speech2 diorang. Lagi satu aku setuju dengan pesan Mat Lutfi; "Kalau rasa diri tu bodoh, bukak video2 politik kat Youtube, tengok komen2 orang kat bawah tu. InsyaAllah akan rasa pandai lepas tu". Paling best bila baca trolling yg orang buat, aku gelak sebab aku paham lawak dia! hohoho. Adik aku kat sebelah tercengang je bila baca.

____________________________________________

There are no excuses for you to not enjoy this life. Just keep searching, you will find something that caught your attention - definitely. Sekarang gua tengah belajar dengar pendapat orang lain leklok, paham minat orang lain, & terima diorang seadanya. Ilmu Allah tu luas, macam2 benda bervariasi Dia boleh wujudkan.

P/S: Aku tak kenal Milah
P/S/2: Aku tak suka English. Sori sape2 yg terlibat. kah3


1 KOMENTAR:

just a reminder.

apabila kita minat sesuatu tu, kita akan minat betul-betul.
kita kena ingat yang kita hidup kat dunia ni, bukan selamanya.
eloklah apa yang kita minat tu selari dengan syariat agar kita dapat manfaat di akhirat kelak.

contoh, kita minat politik.
kita tau Islam tu syumul, lengkap.
kiranya politik tu sendiri ada dalam Islam.
bila umat Islam yang betul-betul faham Islam pegang pemerintahan sesebuah negara, insyaAllah sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam dll dapat dijalankan.
kiranya, kita minat politik ni sebab nak tegakkan hukum Allah.
Islam itu sendiri adalah cara hidup kita.
Kita nak capai redhaNya.

lagi satu, kita akan bersama dengan sesiapa yang kita cintai di dunia ini di akhirat kelak.
Eloklah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan mengamalkan sunnahnya.
Sama-samalah kita.
Jom usaha sama-sama masuk syurga untuk mendapat redhaNya.
Jumpa nanti...
Aini, saya sayang Aini lillah.^^

Post a Comment

Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini