[ iSKeTaMBoLa ]™

Susah macam mana pun hidup, kena teruskan jugak..

I'm coming home :)
Yup, I'm running away from all these things. Serabut, rimas.
Seriously aku malas nak layan dah. Padan ngan muka hang especially, sape suruh jahat sangat.


I've had enough of everyone.


Hati saya betul2 perlukan rehat. Hati ni kena ubat dgn masakan mak baru ok. I need to relax. I need to shut my mouth for a while. And I need to be with people who don't hurt me. Of course that person is my beloved mother, yg tak pernah aku terasa hati sepanjang aku hidup kat muka bumi ni. My mom is the best!

Malaysia dah terlampau parah. Jumlah macai membanjiri Malaysia lebih kurang sama dgn bilangan PATI kat sini. Dua2 tahap kritikal.

Umur aku dah 20. Lagi berapa tahun je aku bakal tanggung hidup sendiri. Takkan nak mintak duit mak bapak lagi? Nanti aku la pulak yg tanggung diorang. Serious aku takut nak hadapi masa depan aku dgn situasi sekarang ni. Semua harga naik tak ingat dunia. KESIAN KAT BAPAK AKU LA WOI KEJE PENAT2 ABIH CENGGITU JE DUIT


Tambang LRT naik. Tol naik, tiket bas naik jugak tak? Kang beli barang online pun kos tambah gak.


Menteri2 taktau la pi sekolah ke tak

Kalau rakyat komplen kos sara hidup tinggi tak mampu bayar sebab tanggungan ramai, kang menteri jawab: "Kalau taknak susah, jangan buat anak banyak." Pfff

Ah Cai lak mai bekap berduyun2. Bak kata orang ramai, sekarang je merungut. Karang sumbat brim 600 terus lupa semua benda. Padahal depa dah sedut beribu2 dari mak pak kita. Padan le otak tak berkembang, tengok hang follow sape kat twitter fb pun leh tau. Hari2 kena suap ngan benda2 camni. Kot ye pun nak bekap jgn le nampak bebeno bebal tu



Tu la dulu Abang Rafizi buat video tutorial nak urus ekonomi negara semua buat bodoh. Goblok.




Aku marah lebih sebab kesian kat mak bapak aku. Lantak lah sape korang tua ke muda ke. Sampai hati kome semua buat mak pak aku camni. Yang kaya-raya tu dok diam ah kome tak rasa pape!



"Saya hidup untuk mengumpul hutang?"

Hari ni kita borak unsur2 'hiburan' sikit.

Jeng jeng jeng den terjumpa post ni;

Utk bacaan penuh & video sila klik di sini

Prof Dr. Muhaya ni pernah datang UTP bagi talk. Serious best, tyme dia cakap kat atas stage tu memang gua tenang je mendengar, takde rasa nak membantah sikit pun. Siap beli buku terus mintak otograp lagi tu. Kalau boleh nak dia datang lagi, jumpa face-to-face lain ngan tengok kat tv. Mak aku pun respek gila kat dia ni.

First skali yok tengok respon @malaysian_gags ngan @sukanstar pasal isu ni:

SukanStar hiburan dikala kuduka

Komen2 paling 'win' kat status fb SukanStar mengikut ranking;

Isi2 yg Prof M cakap tu betui dah, tapi tak kena tempat la.. Salah betau orang, salah ulas isu.. Pi tegur menteri2 hat zalim memerintah taknak berpikior tu takmo plak

Tapi akhirnya, aku decide utk pandang sebelah mata je kata2 Prof ni.. apply kat benda lain. Maybe dia tersilap utk kali ni je. Banyak lagi ilmu yg dia ada, yg aku boleh pakai. So anggap la benda ni sbg hiburan minum petang je ok?
Sian Prof. Bersabarlah wahai Prof!

*Yang tak bestnya pasal ni, cai dah ada modal baru nak support semua benda naik.. (walaupun bodoh hakikatnya).



Sedang menaip live dari Kafe V3, sambil2 siapkan report Unit Operation Lab I. 

Mr. Z agak kejam, esok ada lab test. Esok jugak la kena hantar long report. Tapi takpe, kita ada labmate yg hebat especially GKS. 

Part aku sikit lagi nak siap, kena tunggu deme siap dulu baru boleh completekan part aku. Sian kat diorang bertungkus-lumus berusaha nak cantikkan data.

Next year sambung Unit Operation Lab II pulak. Ayuh bertatih-tatih menuju kecemerlangan

Labmate Unit Operation Lab I

Labmate Analytical Chemistry
Dgn total 14 eksperimen kesemuanya, saya dan rakan2 seperjuangan survived sesi lab utk sem ini. Doakan saya lulus lab test esok

I'm gonna take a few minutes to promote my SMAPK friends' business.


I don't know 'Sikat' stands for what. but 'PAK' stands for Pacat-Ari-Kaban. 3 of them, are living their dream together! 
Dulu2 diorang ni dok buat majalah sekolah je, buat video2 utk event, beli kamera amik gambar edit2 post kat fb.. Last2 bukak studio sendiri kau, haaa. Of course I'm happy for them, ingat senang ke nak buat benda2 ni? RESPECT!

They provide high quality photography & videography services for wedding or any events, as well as do product photoshooting at studio for any product. Servis insyaAllah terbaik punya, kawan aku kot..

PAK Sikat Production social media;
-------------------------------------------------------

I have this new dream, which I think is quite difficult to make it into reality (the main problem is I just don't have enough courage to start it). But I believe this dream is realistic. 
Dream is one of the best gifts from God, u can't imagine how great dreams can motivate some people. Orang paling malas kat dunia ni pun boleh berjaya, kalau diorang betul2 ter'motivate' dgn impian diorang.

May Allah ease each of my friend's journey in achieving their own goals & dreams of life :)

It's 1.39 am. I'm waiting for UCL match - Real Madrid vs Copenhagen for about 2 hours more. We qualified for the next round, hoping Juventus will join us. 

Okay cerita UTP lak.

I have this one cool lecturer called Mr. Z, just now I found his 3rd blog. Camne dia boleh rajin gila update ketiga-tiga blog tu HARI-HARI? Seriously, I salute u boss. Idea mencurah2.

Aku pulak, hectic days after week 7. Lagi 2-3 minggu je nak final exam. Esok kena hantar assignment & siapkan long report, lusa ada lab test. Minggu depan ada dua test lagi. Lepas satu kerja siap, satu kerja lagi datang. Penat GILA (walaupun tak buat pun keje sebenarnya wakaka). Penat berpikir je sebenarnya, last2 aku buat keputusan utk abaikan je semua tu. Kah3. [camni ke gaya nak jadi chemical engineer? hish]

I am that kind of person that can get EASILY distracted. 
My main distraction now: Football (especially RM) - makin menjadi2. After La Liga, EPL. After EPL, UCL. After UCL, World Cup. Pastu datang balik La Liga. HOW DA HECK AM I GOING TO GET RID OF THOSE BEAUTIFUL THINGS EASILY?! But seriously, u got to admit that footbal is AMAZING. You'll learn a lot of things from it.
Lagi2 baru2 ni, I got appointed as one of the admin for Malaysia RM fb fanpage & twitter (serious rasa macam kerja betul dah). Disebabkan rasa 'ter'tanggungjawab yg amat besar, I became too focused with those so-called-jobs. Ada masa free je, gua update. Even tak free pun, aku curi masa gak utk update. Ofkos lah masa study aku yg terkorban last2.

I really2 need to get my student's life back. Motivation utk belajar dah datang, pastu tetiba lesap, dgn mudahnya dia hilang. Nak belajar tu still rasa seronok, cuma tang nak kena buat kerja sekolah tu dah start rasa malas dah (padahal dari dulu cenggitu).

Dear Allah, please help me in stabilizing my life, focusing on the most priority things but still enjoying my hobbies & interests.

*La Decima*


Allah berfirman: "Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu Engkau pohon keampunan dariKu, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” -Hadis Riwayat at-Tirmizi-
[Sesungguhnya sifat rahmat Allah melebihi kemarahanNya]

Tukang Taip

Pengikut2 Setia

Jom main Farmville di sini